Siapa kata kereta baru tak payah jaga? Kereta baru atau kereta lama sama sahaja cara penjagaan kereta. Walaupun kereta baru kurang ragaman atau tiada langsung jika nak dibandingkan dengan kereta lama, tapi semua berbalik dari macam mana kita menjaga kereta kita.
Kalau penjagaan tidak betul, kereta mudah rosak dan lebih banyak duit kita akan habis hanya untuk baiki menjadi normal. Daripada kita habiskan duit untuk ‘repair’, lebih baik kita jaga kereta dengan betul dan boleh cantikkan kereta mengikut citarasa.
Maka, di sini kami kongsikan beberapa tips asas yang perlu anda tahu mengenai penjagaan kenderaan. Enam tips penjagaan kenderaan
Ini penting kerana minyak hitam amat penting bagi memastikan kelancaran enjin kenderaan anda. Terdapat dua sukatan yang menunjukkan aras. Lubang kecil yang pertama menunjukkan aras minimum dan lubang kedua menunjukkan aras maksimum yang dicadangkan oleh pengeluar kereta. Dan juga bahagian hujung yang berpilin (twist) adalah normal.
Caranya: Dipstick adalah batang yang panjang turun sampai ke takungan minyak di bawah enjin. Cuba cek pada awal pagi sebelum menghidupkan kenderaan. Lapkan bagi kali pertama keluarkan dipstick disebabkan ukuran tidak sekata. Letak Kembali dan keluarkan semula dan lihat paras minyak hitam sepatutnya di paras sama atau kurang sedikit dari paras maksimum. Lihat juga warna minyak hitam yang pada awalnya bewarna coklat cerah kekuningan. Kalau parasnya terlalu rendah atau warna telah menjadi gelap dan terlampau likat. Servis minyak hitam dan tukar enjin filter sekali.
Hari hujan kebiasaan penglihatan memang terhad. Oleh itu, kebiasaannya kalau tangki pencuci kereta kita isi dengan air biasa memang agak kurang membantu. Bahan pencuci khas ini dibuat khas agar cermin kereta kekal dalam keadaan jelas lebih lagi dimusim hujan. Tidak mahal pun. Beli sahaja di DIY kalau rasa susah nak cari. Ada dalam bentuk pil atau pun cecair.
Caranya: Baca arahan dan tuang ke dalam tangki ‘wiper’
Coolant befungsi untuk menyejukkan dan mengelak enjin menjadi terlalu panas yang boleh mengakibatkan kereta anda berhenti dibahu jalan. Kebiasaan coolant akan berada di paras penuh atau jika kurang sedikit ianya normal. Tetapi jika berada hampir di paras minimum. Pergi ke bengkel berdekatan dan cek jika ada kebocoran di radiator atau ada kerosakan komponen lain seperti ‘cap radiator’. Air coolant tidak boleh bercampur jenis sesuka hati. Ada coolant jenis pracampuran (Air+coolant) dan ada jenis 100% coolant. Warna juga berbeza beza.
Caranya: Lakukan semasa kereta mati dan enjin sejuk. Jangan sesekali periksa semasa enjin panas sangat bahaya. Buka tabung coolat atau lihat dari sisi tabung. Jika kurang boleh tambah sahaja dengan coolant yang digunakan sebelum ini atau jika terlalu kurang hadirkan ke bengkel aircond berdekatan untuk pemeriksaan. Kalau kereta panas, minimum untuk keselamatan untuk enjin sejuk lebih kurang 1-2 jam.
Kadar cecair brek penting untuk memastikan brek berfungsi dengan sempurna. Cecair brek kebiasaan bewarna kuning cerah dan hanya berkurang pada kadar yang sedikit.
Caranya: Buka penutup dan lihat paras maksimum cecair. Jika kurang sedikit hanya tambah mengikut spesifikasi cecair brek yang tertulis pada penutup tangka. Jika cecair terlampau kurang atau hampir ke minimum kemungkinan ada masalah ‘allightment’ kenderaan atau ‘brake pad’ anda sudah habis atau bermasalah.
Ramai yang sering lupa untuk memeriksa cecair transmisi sekaligus menyebabkan berlaku kerosakan enjin kereta yang teruk. Caranya sama seperti cek minyak hitam
Caranya: Dipstick adalah batang yang panjang. Cuba cek pada awal pagi sebelum menghidupkan kenderaan. Lapkan bagi kali pertama keluarkan dipstick disebabkan ukuran tidak sekata. Letak kembali dan keluarkan semula dan lihat paras yang bergerigi sepatutnya di paras sama atau kurang sedikit dari paras gerigi maksimum. Lihat juga warna cecair transimisi yang pada awalnya bewarna coklat cerah kekuningan. Kalau parasnya terlalu rendah atau warna telah menjadi gelap dan terlampau likat, servis cecair transmisi.
Ini kerana tayar merupakan antara komponen paling penting bagi sesebuah kenderaan. Boleh lakukan seminggu sekali. Selain daripada periksa tekanan angin, lakukan pemeriksaan pada kondisi tayar tersebut kalau hampir habis atau botak boleh bersedia untuk ganti.
Caranya: Periksa di tempat pam angin mana-mana stesen minyak dan isi angin kereta anda mengikut jumlah yang ditentukan oleh pengeluar kereta. Jika anda bercadang untuk menukar tayar pastikan anda buat ‘alignment’ ‘balancing’ dan ‘rotation’ untuk pemanduan yang optimum.
Terdapat banyak lagi tips penjagaan kenderaan yang boleh kami kongsikan kepada anda.
Kalau anda masih ragu-ragu dengan penjagaan kereta anda atau ingin berjalan-jalan tanpa perlu fikir masalah kereta. Ada satu solusi yang dapat menyelesaikan masalah anda. Sewa di Myezgo Sewa Kereta Seremban 2, dengan penjagaan kereta dan servis perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Promosi dan diskaun potongan harga yang menarik. Anda tiada pengangkutan? Myezgo boleh ambil di rumah !
Hubungi di talian hotline 1700-81-3600