Seremban merupakan sebuah daerah yang cukup terkenal dengan jolokan lubuk makanan orang “Nogori” untuk diterokai apatah lagi jika anda pertama kali menjejakkan kaki ke sini.
Tambahan pula jika anda seorang yang gilakan masakan pedas dan asli, maka Seremban adalah destinasi yang paling tepat untuk anda terokai. Rata-rata masakan di sini mendapat pujian dan cukup viral di kalangan food hunter.
Kami mengambil kesempatan ini untuk berkongsi beberapa tempat makan menarik di Seremban yang cukup popular serta menyajikan pelbagai jenis masakan untuk santapan anda sekeluarga. Sudah pasti anda teruja, bukan? Jom kita lihat tempat makan paling best di Seremban pilihan foodie.
Waktu operasi setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang. Ditutup pada hari Ahad.
Jika ke Negeri Sembilan, tidak lengkap rasanya jika tidak mencuba masakan mereka. Restoran Selera Nogori menyediakan masakan Melayu/ Negeri Sembilan dalam bentuk layan diri. Terdapat kira-kira 30 jenis masakan yang sedap untuk pilihan pelanggan.
Tempatnya bersih dan layanan juga baik. Pelayan sentiasa berbesar hati untuk membantu anda. Tempat duduk yang disediakan juga banyak. Restoran Selera Nogori terletak di Pusat Perniagaan Oakland, Seremban iaitu di belakang Pasaraya Rapid.
Waktu tengah hari ialah waktu puncak mereka. Oleh itu, anda mungkin terpaksa berkongsi meja dengan pelanggan lain. Namun, ini tidak menjadi masalah kepada para pelanggan yang datang. Kalau anda tidak ingin bersesak, boleh order di food-panda.
602&603, Jalan Haruan 4/8, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Harga: $
9.30am-5.00pm
013-253 3334
Servis Penghantaran : Food Panda
https://www.facebook.com/RestoranSeleraNogori/
Ini lah dia Port kalau nak cari makan waktu pagi,tengahari dan Petang murahhh dengan pelbagai jenis lauk pauk Lauk. Ada juga menu tradisi nogori sembilan dan masakan kampung! Ada ayam kampung, itik, sotong bakar, ikan bakar, telur itik, segala jenis kerabu, gulai jangek, pelbagai jenis ulam, tempoyak daun kayu dan lain-lain lauk kampung.
Antara top menu utamanya ialah Gulai Daging Kawah, Itik Masak Lemak Cili Api, Tempoyak, Asam Pedas dan mcm2 lagi.. Kalau nak makan nasi campur murah dengan banyak lauk pauk, sini lah tempatnya!!
597 Jalan Haruan 4/8, Oakland Business Center, Seremban, Negeri Sembilan
Harga: $$
Isnin- Ahad ( Setiap Hari)
7am -5pm
019-223 5292
https://www.facebook.com/restorananjungseleraidaman
“Warung Bambam menyediakan sarapan pagi seperti Nasi Lemak Berlauk, Roti Bakar Telur Goyang, Roti Stim & Roti Jala beserta pelbagai menu lain. Harga warung menu kebabom, makanan insya Allah berpadanan dgn harga dan fefeeling kampong style.”
Sememangnya kedai sarapan pagi terkenal di Seremban dengan menu sarapan pagi yang kena dengan citarasa rakyat Malaysia. Tak rugi untuk anda cuba, sememangnya berbaloi. Harga yang sangat berpatutan dan servis layanan yang sangat baik dari staff warung bambam. Elakkan datang terlalu lambat, takut nanti parking penuh atau makanan sudah habis ya !
No 95, Kampung Chedang, 70300 Seremban, Negeri Sembilan
Harga: $$
019-733 6022
Isnin- ahad 7pg – 12tgh..
Cuti pada hari jumaat
Servis Penghantaran : Food Panda
https://www.facebook.com/warungbambam
Memang betullah apa yang orang kata, Seremban adalah syurga makanan. Bermacam-macam jenis makanan boleh didapati dengan mudah. Tak kiralah samada di bandar utama ataupun di ceruk kampung.
Cendol Songkok Tinggi turut tidak ketinggalan dalam carta lokasi yang wajib anda singgah sekiranya berkunjung ke Seremban. Menyajikan cendol di tengah-tengah rimbunan pokok yang redup dan menghijau, pastinya akan menbangkitkan lagi mood para pelanggan yang datang berkunjung.
Apa yang unik mengenai gerai ini berbanding gerai-gerai cendol yang lain adalah para petugasnya yang mengenakan songkok tinggi. Bukan itu saja, cendol di sini juga tidak mengandungi sebarang bahan kima seperti pengawet dan juga pewarna tiruan sebaliknya ia diadun menggunakan ekstrak daun pandan. Wangi!
Jadi, jika anda ke sini jangan lupa untuk mencuba cendol special, cendol durian, cendol pulut dan juga cendol jagung. Terdapat juga menu lain seperti mi rebus Johor dan juga laksa Johor.
Harga: $
180 Jalan 1 Kg Jiboi Baru, 70400 Ampangan, Negeri Sembilan
Selasa – ahad 9.00am-6.30pm
Isnin tutup
010-243 4800
https://www.facebook.com/cendolsongkoktinggi
Jika anda ke Seremban secara konvoi atau dalam kumpulan yang besar, D’Bumpa Ijan Roti John Paroi (Ijan Station Corner) ternyata lokasi yang sesuai buat anda semua. Ruang makan yang terbuka dan lapang memberikan suasana makan yang selesa dan santai untuk anda nikmati burger ataupun roti john sambil berborak. Apa yang istimewa mengenai restoran ini adalah daging burgernya diproses daripada bahan-bahan yang segar dan ianya adalah 100% homemade. Bahkan Burger Ijan Paroi seremban (Ijan Station Corner) bukan hanya menawarkan daging ayam dan lembu seperti di gerai kaki lima. Mereka turut menawarkan burger daging arnab, burger daging burung unta, burger daging kambing dan juga burger ikan. Selain itu, yang bestnya dekat sini, bermacam-macam jenis makanan ada selain roti john sebab di sini ada pelbagai jenis gerai lain yang ada sediakan makanan seperti aiskrim, ikan bakar , ckt dan lain-lain. Memang port makan.
Harga: $
Jalan Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
Dibuka setiap hari 3pm-12am
014-663 8678