Cameron Highland adalah salah satu tempat percutian paling popular di Malaysia sama ada di kalangan orang Malaysia atau pun pelancong popular kerana keindahan alam flora & fauna. Jadi, tidak hairanlah saban hujung minggu atau cuti sekolah memang ramai pelancong yang datang bercuti di Cameron Highland.
Oleh itu, perancangan dan persediaan sangat digalakkan supaya perjalanan anda berjalan lancar. Kalau boleh elakkan serkap jarang, harini rancang, harini bertolak. Artikel kali ini berkongsi tips mudah apa yang anda perlu tahu sebelum memulakan percutian anda ke Cameron Highland.
Sepanjang tahun anda boleh bercuti di sini tetapi sebagai peringatan elakkan bercuti di Cameron Highland pada akhir Oktober hingga December. Ini kerana factor musim yang sering hujan. Tapi, kalau anda ingin juga, tidak menjadi satu masalah cuma lebih berhati-hati kerana jalan mendaki bukit menuju ke sini lebih suram dan gelap serta licin disebabkan hujan. Selain itu, tiada had atau masa yang terbaik untuk bercuti di Cameron Highland. Cuma jangan lupa sediakan payung atau sweater.
Jarak antara Brinchang ke Tanah Rata hanya sejauh 5-6km sahaja tetapi disebabkan kesesakan atau traffic jams, akan mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kadang kala lebih dari 1 jam.
Jadi sebagai cadangan bercuti pada hari minggu. Tetapi kalau anda hanya ada masa terluang pada hujung minggu sahaja, boleh bertolak pada awal pagi supaya anda sampai pada di Cameron Highland dalam waktu tengah hari. Selepas checkin bilik di hotel atau homestay, sudah boleh mulakan aktiviti anda pada awal petang dengan ke 2 bandar utama di Tanah Rata dan Brinchang. Sepanjang percutian anda disini. Mulakan aktivi boleh seawall 7pagi. Jika terlalu lewa anda akan terpaksa menghabiskan masa anda berada di atas jalan raya.
Bergantung pada anda sebenarnya mengikut cuti atau minat masing-masing. Tetapi kalau boleh, sekurang-kurangnya cubalah 3 hari 2 malam. Kalau ingin bercuti pada hujung minggu, boleh ambil cuti pada hari Jumaat dan bertolak awal pagi ke sini.
Walaupun Cameron ini bukan Kawasan terlalu besar tapi 3 hari 2 malam boleh dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang santai tidak terlalu terkejar-kejar dan banyak masa untuk rehat. Di sini juga banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh habiskan masa. Tempat dipenuhi dengan alam semula jadi yang sangat relaks dan santai.
Tarikan utama di Cameron Highland sudah semestinya suasana yang berdasarkan alam semula jadi dengan cuaca dan suhu yang dingin ala-ala di luar negara. Paling seronok di sini ialah pelbagai aktiviti yang berbeza yang boleh anda lakukan dan banyak Kawasan yang boleh anda lawati.
Salah satu aktiviti menarik yang anda boleh buat:
– Nikmati beraneka juadah berasaskan the di Sungai Palas Team Farm. Boleh melawat kawasan kilang teh Boh dan ladang teh.
-Bharat Tea Factory juga sesuai untuk anda lawati dengan pemandangan yang berbeza. Shopping barangan teh yang asli dari ladang.https://www.bharattea.com.my/
– Di Brinchang, anda boleh pergi ke Lavender Flower Garden. Pelbagai pelbagai bunga-bunga cantik, seronok mata memandang dengan vibe semula jadi dan amat cantik untuk bergambar. Selain itu, anda juga boleh memetic dan membeli strawberry. Harga tiket per kepala adalah RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.
-Mossy Forest yang cantik. Hutan yang dipenuhi dengan dengan moss yang Nampak sangat cantik. Cuma anda perlu pandu naik ke bukit dengan jalan yang sedikit kecil dan berlobang. Di atas sana anda boleh lihat pemandangan hutan dari atas bukit dan tanda pemisahan antara Pahang dan Perak.
-Nikmati juadah makanan dan minuman berasaskan strawberry di Kampung Taman Sedia terletak di Tanah Rata. Pelbagai jenis kafe di sini.
Pelbagai pilihan tempat tinggal yang disediakan di sini untuk anda pilih. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan bajet anda sama ada untuk menginap di Hotel, Homestay atau AirBnB. Jika anda keluarga yang besar atau ingin kan keselesaan seperti rumah boleh pilih untuk tinggal di Homestay.
Tempah awal tempat penginapan anda untuk mengelakkan dari tiada bilik untuk menginap.
Konklusinya, Cameron Highland menjadi salah satu tumpuan percutian yang harus anda pilih untuk bercuti merehatkan minda dan melakukan aktiviti yang santai ditemani keindahan alam semula jadi. Sentiasa bersedia untuk mencuba benda yang baru dalam berseronok bercuti. Jangan lupa lakukan persediaan awal supaya perjalanan dan percutian anda menjadi yang terbaik dan seronok.
Persediaan kenderaan juga penting supaya urusan daripada pergi dan balik anda berjalan lancer. Pelbagai factor keselematan yang perlu anda utamakan seperti tayar, brake, servis kereta dan sebagainya. Tetapi kalau anda tidak yakin dengan kenderaan anda atau inginkan kenderaan lebih besar untuk keluarga ada penyelesaiannya. Hubungi hotline MYEZGO Car Rental di 1700-81-3600 dan tempah kenderaan anda sekarang dengan sewaan ‘zero’ deposit. Khas untuk penduduk sekitar Seremban. Tempah Sekarang !